Journal · October 29, 2021

Bercuti di Kluang Bersama Keluarga

Assalamualaikum… Alhamdulillah… sekian lama aku tak update post di sini hari nie ada juga kesempatan untuk menulis. Pada 24 Oktober yang lepas, aku dan keluarga pergi bercuti ke Kluang Johor buat kali ke aku ke sini. Aku menempah di penginapan yang sama memandangkan aku rasa selesa di Hotel berkenaan. Pada kali ini aku menempah bilik suite sebab prcutian kali ini aku membawa makm ayah dan adik beradik aku yang lain. Disebabkan mereka ada yang dah berkeluarga jadi terpaksa ambil bilik yang besar. Pada aku hotel nie sangat comfortable dengan harga yang murah dan selesa. Korang boleh search ” The Imperial Hotel ” Kluang. Hotel nie betul2 di dalam pusat bandar dan yang paling penting dekat dengan kemudahan yang lain. Lagi satu sebab dekat dengan Kluang Rail Coffee… Hehehe ini sangat penting sebab tujuan utama aku ke Kluang adalah sebab nan mium kopi kat situ.

The Impertial Hotel Kluang

Sampai di Kluang, kitorang rehat dulu di hotel, dan di sebelah malam nya kami semua pergi dinner di sebuah restoran shellout yang agak popular jugak lah kat situ. namanya ” Shellout Kluang & Western Food ” nanti korang boleh search kat Google kalau nak pergi. Masakan nya oke lah not bad… Suasana dan persekitaran nya juga sesuai untuk bawa family dine in.

Dinner with Family.

Habis je makan malam, kami bersiar2 sekitar Bandar Kluang dan balik ke Hotel dan tidur. Pada keesokkan nya pula… Haaa nie yang tak berapa best nak cerita, aku sebenarnya nak tunaikan hasrat mak dan ayah aku nak minum kat Kluang Rail Coffee yang asal di Stesyen Keretapi Kluang tue, tapi malangnya nasib tak berapa baik, tutup pulak… ayah aku semangat dah nak pergi lepas solat subuh, kami keluar kononnya nak dine awal takut beratur panjang, at the end tutp pulak… Jadi kitorang pun pergi lah ke cawangan yang lain di sekita Banda Kluang tue jugak, tak jauh dari situ lebih kurang 6KM dari situ. Cuma environtment tak sama lah macam kalau dine di Railway nie, tak de lah suasana Stesyen Keretapi. Tapi tak mengapalah yang penting kopi dia tak berubah rasa.

Kluang Raul Coffee

Tapi cawangan yang ini dia sekali dengan Hotel, ” Rail Hotel ” yang berada di sebelah atas. Aku pun baru tahu diorang ada hotel sendiri. Tapi pilihan makanan di sini adalah lebih banyak berbandi di tempat yang asal. Kalau korang suka western food pun boleh order kat sini, Tapi kalau dah datang sini korang waji cuba Kopi dan Bun Kaya Grill dia, memang terbaik.

Ada jugak makanan yang lain seperti Mee Kari, Mee Sup, Lontong, Nasi Lemak dan lain2 kat sini, jangan risau…. Order je mesti sampai. Hehehe…

Dari segi design dalaman cafe nie memang bercirikan klasik dengan ganbar2 berkenaan dengan kopi dan stesyen kertapi dan kertapi itu sendiri. Korang jugak boleh beli servuk kopi campuran dari cafe nie, Mana lah tau kalau rindu nak datang jauh, boleh la bancuh sendiri kat rumah. Ada yang asli, 3 dalam satu dan 2 dalam satu. Harga oun tak terlalu mahal, oke la.

Selesai sahaja minum pagi di sini, kitorang checkout dari Hotel dan terus gerak pulang ke Kuala Lumpur semula.