Pengganti MacBook. iPad Air 4

Assalamualaikum…. Apa khabar korang semua? Aku doakan korang semua berada di bawah lindungan Allah SWT hendaknya insyaAllah…. Dalam waktu sukar ini, banyak cabaran yang harus kita tempuhi setiap hari disebabkan pendemik Covid 19 nie. Kepada mereka yang telah kehilangan ahli keluarga disebabkan pendemik ini aku ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang telah kembal8 dijemput ilahi… Apa2 pun kita mesti terus melawan pendemik ini, insyaAllah kita boleh menang!!!

Okelah sebenarnya aku nak bercerita sedikit tentang gajt terbaru aku. Tadaaa… ini dia… 

iPad Air 4th Generation

So inilah dia iPad Air generasi ke 4. iPad ini jugak yang akan menggantikan MacBook aku nanti. Maksud aku jika ada kerja2 luar atau yang urgent, iPad inilah yang akan menjadi machine utama untuk aku lakukan perkara perkara itu. Mesti ada yang tertanya mengapa aku memilih iPad Air? Baik untuk pengetahuan korang, aku dah lama nak beli iPad yang mempunyai spec yang sama taraf dengan komputer. Pada tahun lepas kebetulan Apple melancarkan iPad Air yang terbaru di mana design dia memang mcm iPad Pro 11 inci. Dari situ dah timbul rasa aku nak beli. Bila mana ditambah pula dengan Chip Pemprosesan Apple A14 Bionic yang di mana sama dengan iPhone 12 dengan teknologi 5nm, 4GB RAM, Fully laminated display, Wide Colour Gamut (P3) dengan teknologo True Tone. Didatangkan dengan port USB Type C untuk pengecasan dan Pemindahan data.

Jadi aku rasa ianya dah cukup membuatkan aku untuk membeli dan menjadikan peranti yang akan aku gunakan setiap hari untuk kerja kerja aku. Dengan iPad ini lah aku akan buat editing video dan kerja2 yang berkaitan yang lain. Ini adalah investment terbesar bagi aku buat tahun 2021. Aku berharap dengan adanya iPad ini, aku dapat tingkatkan lagi mutu kerja aku dengan mendapatkan pulangan yang lumayan insyaAllah…. 


#StaySafe guys!!! Assalamualaikum….